Monday 26 March 2012

UMP dan Inovasi. Kemana arahnya??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

UK ingin meluahkan pandangan mengenai budaya inovasi dikalangan mahasiswa UMP terutamanya. Dalam kita melibat semakin banyak kejayaan yang di terpa oleh warga UMP tidak kira dalam mahupun luar negara dengan hasil ciptaan yang pelbagai. Terlintas difikiran UK, adakah budaya inovasi sudah terbudaya dalam diri mahasiswa UMP??

Hasil kajian Dr Mimi dari FKKSA
Kejayaan pensyarah bersama Pelajar FKASA


Lagi hasil ciptaan penyelidik UMP. 
Kalau UK nak senaraikan semua kejayaan ciptaan dari penyelidik-penyelidik UMP memang tak sanggup rasanya. Cuma perihal budaya inovasi dalam kalangan kita ini membuatkan UK terfikir kemana arah tujunya. Adakah kita mengejar jumlah kejayaan berimpak tinggi ataupun kelestarian budaya yang baik ini??

Mungkin ada beberapa masalah dalam budaya inovasi yang perlu dirungkai. 
  • Adakah masalah kewangan menjadi punca utama?
  • Soal fasiliti dalam melaksanakan sebarang bentuk projek penyelidikan?
  • Komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa mahupun penyelidik-penyelidik yang telah berjaya?
  • Latihan ataupun ceramah pendedahan yang kurang?
  • Kurangnya platform untuk menonjolkan hasil ciptaan?
UK mengharapkan respon mahasiswa UMP dalam mendepani isu ini. Sama-samalah kita memberik kebaikan buat Universiti yang kita cintai ini.


Sekian, Terima Kasih...

"SAFETY FIRST"

Sunday 25 March 2012

Aktivit Kampus - Prodak 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

UK ingin berkongsi satu kempen yang dijalankan selama 2 minggu di seluruh kampus UMP. Kempem yang diberi nama Projek Dakwah Kampus telah berlangsung dari 16 -24 Mac lalu anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN). Dibawah projek ini terdapat pelbagai lagi acara dalam mengisi perlaksanaan projek ini yang mendapat telah pun mendapat sambutan ramai. 


Antara acara yang mendapat perhatian ramai pastinya LIVE IN CONCERT yang menampilkan Al-Farabi Band untuk melakukan persembahan. Ternyata persembahan pada malam tersebut tidak mengecewakan para mahasiswa yang hadir kerana persembahan dari Al-Farabi Band memberikan dimensi berbeza terhadap persembahan nasyid sedia ada. 


UK berharap agar terdapat juga badan-badan lain yang turut sama terlibat secara langsung dalam menganjurkan aktiviti dakwah dalam kampus selain PIMPIN sendiri.


Sekian, Terima Kasih.

"Safety First"

Saturday 24 March 2012

Kuantan Drag Series

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

UK ingin berkongsi sebuah acara yang telah berlangsung di UMP kampus Gambang semalam. Kuantan Drag Series Round 2/2012 merupakan antara siri-siri Drag Racing yang telah beberapa kali diadakan di UMP. Kali ini acara ini diadakan semasa pelajar berada di UMP dan UK berasa mahasiswa UMP sedikit bertuah untuk melihat sendiri bagaimana program ini berjalan.

Acara yang dijalankan oleh Majlis Belia Pahang ini perlu disokong kerana menggalakkan warga belia kuantan dan negeri pahang sama-sama terlibat dalam aktiviti sihat. Peluang ini juga sesuai dalam menjalin hubungan baik badan pelajar dengan Majlis Belia Pahang dalam merangka kerjasama untuk menggalak aktiviti sihat dalam mengelakkan golongan belia kita terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat.


Perlumbaan sedang berlangsung

Acara yang berjaya menarik peminat-peminat drag racing untuk datang


UK akan mendapatkan pandangan mahasiswa UMP dan akan di masukkan ke dalam Blog ini.

Sekian, Terima Kasih. 

"Safety First"

Pandangan berbeza terhadap Isu Lynas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

UK berasa hari ini kita warga UMP berhadapan dengan sebuah isu yang sangat dekat dihati iaitu LYNAS. Isu di mana Pembinaan Kilang Pemprosesan Bahan Nadir Bumi yang dibina oleh syarikat yang beroperasi di Australia. Isu ini makin hangat sejak setahun lalu sehingga tercetus demonstrasi membantah pembinaan kilang oleh syarikat Lynas ini pada awal March yang lalu.


Antara golongan yang paling kuat menentang pembinaan ini adalah Ahli Parlimen Kuantan sendiri, YB Fuziah Salleh. Untuk mengetahui sebabnya? baca LINK ini. 

Antara kandungannya, 

- Dakwaan mengenai tekanan yang dihadapi oleh rakyat.

- Kredibiliti Kerajaan Malaysia dalam menguruskan Lynas.

- Pengecualian cukai 12 tahun kepada Lynas.

- Nilai hartanah Gebeng yang sudah jatuh.

- Pembuangan sisa buangan Radioaktif.

- Kompetensi Malaysia dengan Negara China yang juga memproses bahan Nadir Bumi mereka sendiri.



Sekarang UK ini berkongsi pandangan seorang mahasiswa UMP sendiri terhadap Isu Lynas ini selepas mendapat pandangan daripada golongan pakar. Sila Rujuk BLOG ini. 

Berikut merupakan idea yang dikongsi :

- Berkaitan Emisi Radiasi ALPHA yang dilepaskan dari Proses Kilang ini.

- Sebab pengecualian Cukai 12 tahun kepada LYNAS.

- Kegunaan Bahan Nadir Bumi yang sangat penting dalam kehidupan hari ini.

- Dos Radiasi yang boleh diterima manusia.

- Perbandingan dengan Radiasi dari Penguraian Nuklear Iran. 

- sistem pengurusan sisa yang dihasilkan Kilang LYNAS.


UK berharap agar mahasiswa dapat menilai dengan hati bukan nafsu. 
Sekian, Terima Kasih.

~Safety First~

GEMPUR Di Timur ????


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
UK ingin berkongsi dengan rakan Mahasiswa tentang satu gerakan yang baru di Zon Pantai Timur ini yang diberi nama Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR). Apa itu GEMPUR???
Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR)

Untuk info yang lebih lanjut,Sila klik di SINI

 
                                                                   








   

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam 1 UMP. 

Blog UMP KINI ditubuhkan dalam menyampaikan segala perkembangan dalam kampus.
Semoga semua rakan-rakan siswa dapat memberi sokongan dan cadangan dalam memantapkan lagi UMP KINI.

"Safety First"