Monday 21 May 2012

PTPTN.. Apa kata anda?

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia


Kali ini,UK nak share sikit bersama siswa/i UMP sekalian.

Pada 20 MEI 2012 yang baru lepas,seramai 1364 pelajar dari daerah Daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah menerima sumbangan wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM 1500 setiap seorang bagi menampung perbelanjaan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara bagi sesi Mei/ Jun 2012 tidak lama lagi.


Sebahagian pelajar yang menerima WPP

Event yang menjadikan kompleks sukan UMP sebagai tempat penyampaian waran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) bernilai RM1500.00 seorang itu telah berlangsung dengan lancarnya 

Waran disampaikan oleh Ahli Parlimen Maran, Dato’ Haji Ismail Hj Abd Mutalib
  
 
Majlis ini turut dihadiri oleh Prof. Yusserie Zainudin(Penolong Naib Canselor HEPA,UMP).Pelajar2 yang menerima WPP kelihatan begitu gembira dan bersemangat untuk menyambung pengajian nanti.

UK ucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua yang bakal melanjutkan pelajaran dalam masa terdekat ini.

Bagi UK,pemberian WPP oleh PTPTN adalah amat wajar dalam membantu meringankan beban keluarga .Seorang pelajar yang ditemuramah turut melahirkan pandangan yang sama dengan UK.

Apa kata anda semua pula?



"SAFETY FIRST"

sumber: E-COMMUNITY ,UMP  

Friday 11 May 2012

Tun Mahathir di UMP ???

 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

             Untuk pengetahuan siswa/i sekalian,Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berada di UMP kampus Gambang pada 17 Mei ini.Tun akan berada di UMP sempena Majlis Konvokesyen Khas UMP di mana beliau akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif dari UMP.
           
             Majlis Penganugerahan ini akan disempurnakan sendiri oleh Canselor UMP,Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.Anugerah
ini diberikan kepada Tun sebagai penghargaan jasa Tun dalam pembangunan industri automotif negara.
           

  Sempena penganugerahan ini,UK berharap siswa/i sekalian dapat turun ke kompleks sukan UMP beramai-ramai pada 17 MEI ini untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis ini . 


p/s:datang jangan tak datang  !!

Sekian dari UK

"Safety First"

Thursday 3 May 2012

Tragedi 1 Mei..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru,baru ini ,UMP digemparkan dengan berita kematian seorang pelajar dari kampus Pekan di air terjun Bekelah.Mangsa dikatakan tergelincir lalu dihanyutkan arus yang deras yang menyebabkan mangsa lemas.


Untuk berita selanjutnya..sila klik di SINI


Takziah kepada keluarga mangsa..

sekian dari UK.

"Safety First"