Monday 30 April 2012

KING OF FIGHTER UMP 2012

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...


Pertama sekali UK nak ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA utk semua staf dan kakitangan Universiti Malaysia Pahang yang telah bersama-sama berjuang menaikkan nama universiti tercinta kita di mata dunia.... Dalam kemeriahan kita menyambut hari pekerja ini,UK nak promote satu pertandingan yang amat bermanfaat untuk menonjolkan bakat terpendam dalam diri masing2...pertandingan apa tu???





Pertandingan KING OF FIGHTER anjuran PEKA 5 ini terbuka kepada semua pelajar PEKAN,GAMBANG mahupun BAZAR MUHIBAH..


Tarikh : 12 Mei 2012 (Sabtu)
Tempat : Tingkat 1 Pusat Aktiviti Pelajar
Masa : Mula 8.00 pagi.....




Apa lagi pelajar UMP,mari kita buktikan mahasiswa UMP berbakat besar.... 



Sila hubungi no di bawah untuk pendaftaran :


Lelaki : 017-3607920 - Radin
Perempuan : 017-4763431 - Aishah 



Jika anda terdapat permasalahan atau soalan berhubung pertandingan ini,UK difahamkan penganjur akan mengadakan bengkel utk peserta pada 7 Mei 2012...apa lagi tunggu,meh pakat2 masuk....

HUBUNGAN DIPERKUKUH !!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sejajar dengan visi UMP untuk melahirkan graduan bertaraf antarabangsa, 
Pusat Penyelidikan & Pengurusan Sumber Alam (CERRM),UMP 
 mengadakan lawatan penyelidikan ke 
University of Seoul (UoS), Korea Selatan.
 
Pengarah CERRM, Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak bersama  Presiden UoS , Prof. Dr. Kun Lee
 LOC Station di Empangan Paldang 




delegasi rombongan

UMP turut menjalinkan kerjasama dengan University Of Seoul (UoS) dalam bidang penyelidikan.
Dengan kerjasama ini ,UK berharap agar mahasiswa/i sekalian akan 
lebih bersemangat dalam menuntut ilmu,
agar kita sama2 dapat menjulang nama UMP di persada dunia..


Sekian..

"Safety First"


sumber : e-com ,UMP

Sunday 29 April 2012

Daftar jangan tak daftar....!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa yang nak didaftarnya ?? inilah yang UK nak rakan2 semua Alert...




   Jangan lupa daftar untuk layakkan rakan2 semua tinggal di kolej kediaman sem depan...

Ingat.!!tarikh tutup 8 Mei 2012,daftarlah sebelum terlambat..


p/s: kepada yang belum daftar,selesaikan terus sekarang,nanti tak payah nak susah2...

Thursday 19 April 2012

TOLAK LGBT & Seks Bebas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Sudah lama UK tidak menulis dalam mengutarakan pandangan terhadap sesubuah isu. 
Kali ini UK kembali semula dalam berkongsi isu yang menarik untuk difikirkan bersama. 

Budaya Seks Bebas dan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) satu ancaman. Ayuh, sama-sama kita hadir bagi menyokong perjuangan ini demi masa depan anak bangsa Malaysia.



Program 
Kesedaran Ancaman Seks & LGBT
21 April 2012, Jam 2.30 Petang Di Stadium Bola Universiti Putra Malaysia 

Antara yang akan hadir:
En. Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), YB Datuk Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar BaruYB Dato' Dr Hassan Ali, Presiden Jalur Tiga (JATI), Y.Bhg Datuk Dr Makmur Othman,Setiausaha Agung PPIM, Tuan Maulana Syed, Ketua Syura, Jemaah Tabligh Malaysia, Datuk Mohd Ali Baharom, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Malaysia (PVTM).
Mohd Jurid Ramli, Setiausaha Badan Gabungan NGO Malaysia, En. Sheikh Rizal, Waris MalayaSdr Hamidzun Khairuddin, Pengerusi GAPS,Sdr Mohd Shahar Abdullah, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (ALUMNI),  
En. Mohd Iqbal Ismail, Pengerusi Badan Bertindak PIBG Selangor.
 
 
JOM HADIR tanda sokongan akan perjuangan menentang isu ini demi masa depan Anak Bangsa Malaysia tanpa mengira fahaman Politik & Ideologi masing-masing.