Wednesday 20 March 2013

Karnival 'JOM MASUK U' Kuantan

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
 
Hampir 40 ribu pengunjung di kalangan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat hadir mendapatkan manfaat dan informasi terkini berkaitan permohonan masuk ke institusi pengajian tinggi (IPT), Politeknik dan Kolej Komuniti, maklumat akreditasi serta bentuk pembiayaan permohonan pelajar bersempena  Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 (KPTN) yang berkampung selama dua hari bertempat di  Sultan Ahmad Shah International Convention Center (SASICC) Kuantan baru-baru ini.

Lensa sekitar Karnival "Jom Masuk U"












"Safety First"

Monday 11 March 2013

UMP -Mercedes Benz Malaysia jalin kerjasama





Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Mercedes-Benz Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi melahirkan graduan jurutera automotif UMP bertaraf antarabangsa. Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata MoU itu bertujuan membolehkan pelajar UMP menjalani latihan industri di syarikat berkenaan di samping ia menjadi penasihat kepada UMP dalam urusan akademik, penyelidikan dan pembangunan modal insan para pelajar. 

Prof Dato Dr Daing Nasir dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Prof Datuk Dr Ir Badhrulhisham Abdul Aziz menandatangani bagi pihak UMP, manakala Mercedes-Benz Malaysia diwakili Naib Presiden merangkap Pengarah Urusan Pekan Plant, Sebastian Streuff dan Pengurus Kanan Sumber Manusia Matthias Adis.



Sumber : 
 http://www.facebook.com/universiti.malaysia.pahang 
 http://community.ump.edu.my/ecommstaff/includes/viewNewsToPublic.jsp?ref=10367


"Safety First"










Monday 4 March 2013

De Kuala Cafe

Kewujudan De Kuala Cafe di RTC Kuala Pahang adalah lambang kerjasama erat antara ECER dan UMP. Melalui program ECER Mahkota Kuala Pahang, UMP & ECER telah membantu kaum wanita yang terpilih untuk mempelajari bidang masakan dan pengurusan sehingga berjaya membuka sebuah Cafe. Program ECER Mahkota Kuala Pahang ini telah disempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang pada tahun lalu yang memberi tumpuan untuk membantu masyarakat Kuala Pahang dengan memberi latihan dan kemahiran.



 "Safety First"