Monday 11 March 2013

UMP -Mercedes Benz Malaysia jalin kerjasama





Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Mercedes-Benz Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi melahirkan graduan jurutera automotif UMP bertaraf antarabangsa. Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata MoU itu bertujuan membolehkan pelajar UMP menjalani latihan industri di syarikat berkenaan di samping ia menjadi penasihat kepada UMP dalam urusan akademik, penyelidikan dan pembangunan modal insan para pelajar. 

Prof Dato Dr Daing Nasir dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Prof Datuk Dr Ir Badhrulhisham Abdul Aziz menandatangani bagi pihak UMP, manakala Mercedes-Benz Malaysia diwakili Naib Presiden merangkap Pengarah Urusan Pekan Plant, Sebastian Streuff dan Pengurus Kanan Sumber Manusia Matthias Adis.



Sumber : 
 http://www.facebook.com/universiti.malaysia.pahang 
 http://community.ump.edu.my/ecommstaff/includes/viewNewsToPublic.jsp?ref=10367


"Safety First"










No comments: