Thursday 25 October 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Menjelang Aidiladha yg menjelang tiba pada esok hari,UK ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

"Selamat Hari Raya Aidiladha"

kepada semua mahasiswa serta warga UMP.
Sampaikan salam UK kepada semua.


"Safety First"

Friday 12 October 2012

Ekspokonvo & Majlis Konvokesyen

           Hari ini,13/10/2012 merupakan hari kemuncak Ekspokonvo sempena Majlis Konvokesyen UMP untuk kali yg ke-7.Sepanjang berlangsungnya ekspokonvo kali ini, pelbagai aktiviti yang telah diadakan termasuk ceramah kerjaya, senamrobik, bual bicara, aktiviti kerohanian, pertunjukan seni mempertahankan diri dan gerai jualan.

        Pada pagi esok,UMP pastinya dipenuhi pelajar2 senior yg bakal berkonvo .Majlis Konvokesyen UMP  ini , akan disempurnakan Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah  di Kompleks Sukan UMP.UK mengucapkan tahniah kepada mereka yg berjaya & selamat berkonvo.
         
         Pada malam hari pula akan diadakan majlis penutup Ekspokonvo sempena Konvokesyen  yg ke - 7.Majlis akan diserikan lagi dengan kehadiran artis untuk menghiburkan para mahasiswa UMP. Antaranya termasukalah persembahan dari Ainan Tasneem; Kumpulan Hijjaz, Khalifah; Nash; Rosma (AF1) dan Shuib Sepah.

UK harap kita dapat turun ramai2 ke dataran canseleri bg memeriahkan majlis penutup tersebut.

p/s: apa yg kurang kali ini,kita perbaiki untuk yg akan datang.

UK mengharapkan yg terbaik dari semua.

“Safety First”