Thursday, 20 September 2012

Pilihanraya Kampus (PRK)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia





Seperti yg sedia maklum, pilihanraya kampus (PRK) bagi UMP akan berlangsung pada 25/ 9 / 2012.Pada jam 10pg hari ini (21/9/2012), proses penamaan calon akan berlangsung manakala hari pembuangan undi pula jatuh pada 25/9.

Di sini ,UK ingin mengingatkan kepada mahasiswa UMP sekalian untuk sama2 turun menunaikan tanggungjawab kita untuk mengundi tampuk kepimpinan MPP pilihan kita.Inilah peluang kita untuk memilih PEMIMPIN yg berkaliber dimana mereka inilah yg BAKAL menjadi MEDIUM antara kita (mahasiswa) dengan pentadbiran universiti agar suara kita akan sentiasa DIDENGARI.

Ayuh sama2 turun padang bagi menyemarakkan lagi PRK tahun ini.Moga semuanya berjalan dengan lancar.

Sekian dari UK.

"Safety First"

Monday, 17 September 2012

BICARA KAMPUS


Selesai sudah program bicara kampus yg diadakan di astaka malam tadi.Pelbagai soal mengenai kampus telah dirungkai.Sambutan daripada mahasisiwa juga amatlah menggalakkan dengan pelbagai soalan yg dilontarkan .


Program berjalan dengan lancarnya dengan barisan panel & moderator yg petah berkata2,sebelum itu,UK ingin perkenalkan barisan panel dalam bicara kampus yg telah berlangsung tadi.Mereka terdiri drpd 2 orang mahasisiwa iaitu saudara na’em dan saudari fazlin serta En . Kamarul ,kaunselor UMP.

Duduk dari kiri:Farid(moderator),Fazlin,En.Kamarul & Na'em(barisan panel)

Bermula dari jam 9 pm,program berakhir kira2 jam 11 pm.Dengan pelbagai perkara serta pengalaman yg diceritakan oleh barisan panel,diharap agar hadirin sekalian dapat memanfaatkan info2 yg diperoleh dengan sebaiknya dan sampaikan kepada rakan2 yg tidak dapat hadir.Semangat serta nasihat yg diberikankan saudara na’em dan saudari Fazlin dilihat UK wajar dijadikan contoh untuk mahasiswa sekalian dalam menjalani kehidupan di alam kampus terutamanya mahasiswa Tahun 1 .

Berikut adalah sedikit foto yg berjaya dirakam melalui lensa UK:






Harapan UK agar di masa hadapan,semakin banyak program berbentuk "sharing" sebegini dapat dianjurkan bukan sahaja oleh Kelab Karisma,malah oleh kelab2 lain juga supaya kita dapat sama2 membawa mahasiswa UMP ke satu tahap yg lebih tinggi.


Sekian dari UK,

"Safety First" 

Monday, 30 July 2012

Singgah Sana UMP ...



            Baru2 ini,UMP dihadiri pelajar2 sekitar kuantan yang menyertai Seminar Kecemerlangan UPSR,PMR dan SPM anjuran UMP bersama Berita Harian. Program ini telah mendapat feedback yang memberangsangkan daripada para peserta.

Pelajar2 yang menyertai seminar mengambil gambar sebagai kenangan

Pada sebelah petang pula,UMP dikunjungi 
KSU KPT , YBhg. Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor  
yang menyertai iftar bersama pelajar2 UMP di Masjid UMP.Kunjungan YBhg. Datuk Ab. Rahim diakhiri dengan sesi bersahur pada keesokkan harinya.

KSU KPT  bersama Naib Canselor UMP


YBhg. Datuk Ab. Rahim bersama pelajar2 semasa iftar



Pelbagai aktiviti yang telah diatur oleh UMP bagi meningkatkan nama baik UMP. UK berharap usaha baik ini diteruskan agar UMP terkenal disetiap pelosok dunia.


Sekian.

"Safety First"


Thursday, 28 June 2012

Selamat datang !!


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Alhamdulillah,selesai sudah proses pendaftaran pelajar2 diploma UMP sesi 2012/2013.

Kira-kira 292 pelajar telah mendaftar pada 17 Jun yang lepas.

Moga pelajar2 diploma yang baru mendaftar telah menyesuaikan diri dengan keadaan di UMP.

Sekiranya berhadapan apa-apa masalah,UK cadangkan.jgnlah segan2 untuk minta bantuan
daripada senior-senior yg ada.

Insyaallah,UMP juga bakal menerima kira-kira 1600 pelajar degree pula pada bulan September yang akan datang.

UK doakan segala persiapan berjalan dengan lancar agar hari pendaftaran pelajar-pelajar degree nanti akan dilalui dengan jayanya

Akhir kata,kepada pelajar baru mahupun lama,UK harap kita semua dapat bersatu dalam menaikkan nama UMP ke satu tahap yang lebih baik


"Safety First"

Wednesday, 13 June 2012

selamat bercuti !!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Pejam celik,pejam celik..kita sudah sampai ke hujung sem.
peperiksaan akhir pun sudah kita tempuhi

Dalam post kali ini,UK ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 
selamat bercuti kepada semua warga UMP


Kepada siswa/i ,
masa yang paling bahaya bagi kita adalah masa lapang
jadi penuhilah cuti dengan aktiviti2 yang bermanfaat

Kepada yang bakal menjalani LI,selamat juga diucapkan..


 Selamat bercuti  !!


p/s:harap semua dapat meluangkan masa cuti sebaiknya...

sekian.


"Safety First"