UK berharap kita sebagai warga UMP akan berikan komitmen & kerjasama penuh untuk merealisasikan impian Datuk NC agar UMP akan megah dimata dunia satu masa nanti.
Hampir 40 ribu pengunjung di kalangan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat hadir mendapatkan manfaat dan informasi terkini berkaitan permohonan masuk ke institusi pengajian tinggi (IPT), Politeknik dan Kolej Komuniti, maklumat akreditasi serta bentuk pembiayaan permohonan pelajar bersempena Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 (KPTN) yang berkampung selama dua hari bertempat di Sultan Ahmad Shah International Convention Center (SASICC) Kuantan baru-baru ini.
Universiti
Malaysia Pahang (UMP) dan Mercedes-Benz Malaysia menandatangani
memorandum persefahaman (MoU) bagi melahirkan graduan jurutera automotif
UMP bertaraf antarabangsa.Naib
Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata MoU itu
bertujuan membolehkan pelajar UMP menjalani latihan industri di syarikat
berkenaan di samping ia menjadi penasihat kepada UMP dalam urusan
akademik, penyelidikan dan pembangunan modal insan para pelajar.
Prof
Dato Dr Daing Nasir dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa) UMP, Prof Datuk Dr Ir Badhrulhisham Abdul Aziz
menandatangani bagi pihak UMP, manakalaMercedes-Benz Malaysia diwakili
Naib Presiden merangkap Pengarah Urusan Pekan Plant, Sebastian Streuff
dan Pengurus Kanan Sumber Manusia Matthias Adis.
Kewujudan De Kuala Cafe di RTC Kuala Pahang adalah lambang kerjasama erat antara ECER dan UMP. Melalui program ECER Mahkota Kuala Pahang, UMP & ECER telah membantu kaum wanita yang terpilih untuk mempelajari bidang masakan dan pengurusan sehingga berjaya membuka sebuah Cafe. Program ECER Mahkota Kuala Pahang ini telah disempurnakan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang pada tahun lalu yang memberi tumpuan untuk membantu masyarakat Kuala Pahang dengan memberi latihan dan kemahiran.