Saturday 24 March 2012

Kuantan Drag Series

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

UK ingin berkongsi sebuah acara yang telah berlangsung di UMP kampus Gambang semalam. Kuantan Drag Series Round 2/2012 merupakan antara siri-siri Drag Racing yang telah beberapa kali diadakan di UMP. Kali ini acara ini diadakan semasa pelajar berada di UMP dan UK berasa mahasiswa UMP sedikit bertuah untuk melihat sendiri bagaimana program ini berjalan.

Acara yang dijalankan oleh Majlis Belia Pahang ini perlu disokong kerana menggalakkan warga belia kuantan dan negeri pahang sama-sama terlibat dalam aktiviti sihat. Peluang ini juga sesuai dalam menjalin hubungan baik badan pelajar dengan Majlis Belia Pahang dalam merangka kerjasama untuk menggalak aktiviti sihat dalam mengelakkan golongan belia kita terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat.


Perlumbaan sedang berlangsung

Acara yang berjaya menarik peminat-peminat drag racing untuk datang


UK akan mendapatkan pandangan mahasiswa UMP dan akan di masukkan ke dalam Blog ini.

Sekian, Terima Kasih. 

"Safety First"

No comments: