Monday, 26 March 2012

UMP dan Inovasi. Kemana arahnya??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

UK ingin meluahkan pandangan mengenai budaya inovasi dikalangan mahasiswa UMP terutamanya. Dalam kita melibat semakin banyak kejayaan yang di terpa oleh warga UMP tidak kira dalam mahupun luar negara dengan hasil ciptaan yang pelbagai. Terlintas difikiran UK, adakah budaya inovasi sudah terbudaya dalam diri mahasiswa UMP??

Hasil kajian Dr Mimi dari FKKSA
Kejayaan pensyarah bersama Pelajar FKASA


Lagi hasil ciptaan penyelidik UMP. 
Kalau UK nak senaraikan semua kejayaan ciptaan dari penyelidik-penyelidik UMP memang tak sanggup rasanya. Cuma perihal budaya inovasi dalam kalangan kita ini membuatkan UK terfikir kemana arah tujunya. Adakah kita mengejar jumlah kejayaan berimpak tinggi ataupun kelestarian budaya yang baik ini??

Mungkin ada beberapa masalah dalam budaya inovasi yang perlu dirungkai. 
  • Adakah masalah kewangan menjadi punca utama?
  • Soal fasiliti dalam melaksanakan sebarang bentuk projek penyelidikan?
  • Komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa mahupun penyelidik-penyelidik yang telah berjaya?
  • Latihan ataupun ceramah pendedahan yang kurang?
  • Kurangnya platform untuk menonjolkan hasil ciptaan?
UK mengharapkan respon mahasiswa UMP dalam mendepani isu ini. Sama-samalah kita memberik kebaikan buat Universiti yang kita cintai ini.


Sekian, Terima Kasih...

"SAFETY FIRST"

2 comments:

caknasiswatimur said...

Post yang menarik. Kepada Mahasiswa, dimanakah anda dengan inovasi-inovasi anda. Universiti untuk melahirkan pensyarah yang berkaliber atau Mahasiswa yang Hebat. Mohon Share.

mohammad haniff bin che hasnan said...

salam uk..sy nk utarakan satu persoalan la..sluruh warga UMP berbangga dgn kejayaan UMP..TAPI,kbykn pencapaian ump,lbh dicapai oleh lecturer drpd pelajar..tu yg sy nmpk..mcm mana pndgn UK ?