Showing posts with label kampus. Show all posts
Showing posts with label kampus. Show all posts

Monday, 26 March 2012

UMP dan Inovasi. Kemana arahnya??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

UK ingin meluahkan pandangan mengenai budaya inovasi dikalangan mahasiswa UMP terutamanya. Dalam kita melibat semakin banyak kejayaan yang di terpa oleh warga UMP tidak kira dalam mahupun luar negara dengan hasil ciptaan yang pelbagai. Terlintas difikiran UK, adakah budaya inovasi sudah terbudaya dalam diri mahasiswa UMP??

Hasil kajian Dr Mimi dari FKKSA
Kejayaan pensyarah bersama Pelajar FKASA


Lagi hasil ciptaan penyelidik UMP. 
Kalau UK nak senaraikan semua kejayaan ciptaan dari penyelidik-penyelidik UMP memang tak sanggup rasanya. Cuma perihal budaya inovasi dalam kalangan kita ini membuatkan UK terfikir kemana arah tujunya. Adakah kita mengejar jumlah kejayaan berimpak tinggi ataupun kelestarian budaya yang baik ini??

Mungkin ada beberapa masalah dalam budaya inovasi yang perlu dirungkai. 
  • Adakah masalah kewangan menjadi punca utama?
  • Soal fasiliti dalam melaksanakan sebarang bentuk projek penyelidikan?
  • Komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa mahupun penyelidik-penyelidik yang telah berjaya?
  • Latihan ataupun ceramah pendedahan yang kurang?
  • Kurangnya platform untuk menonjolkan hasil ciptaan?
UK mengharapkan respon mahasiswa UMP dalam mendepani isu ini. Sama-samalah kita memberik kebaikan buat Universiti yang kita cintai ini.


Sekian, Terima Kasih...

"SAFETY FIRST"

Sunday, 25 March 2012

Aktivit Kampus - Prodak 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

UK ingin berkongsi satu kempen yang dijalankan selama 2 minggu di seluruh kampus UMP. Kempem yang diberi nama Projek Dakwah Kampus telah berlangsung dari 16 -24 Mac lalu anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN). Dibawah projek ini terdapat pelbagai lagi acara dalam mengisi perlaksanaan projek ini yang mendapat telah pun mendapat sambutan ramai. 


Antara acara yang mendapat perhatian ramai pastinya LIVE IN CONCERT yang menampilkan Al-Farabi Band untuk melakukan persembahan. Ternyata persembahan pada malam tersebut tidak mengecewakan para mahasiswa yang hadir kerana persembahan dari Al-Farabi Band memberikan dimensi berbeza terhadap persembahan nasyid sedia ada. 


UK berharap agar terdapat juga badan-badan lain yang turut sama terlibat secara langsung dalam menganjurkan aktiviti dakwah dalam kampus selain PIMPIN sendiri.


Sekian, Terima Kasih.

"Safety First"