Monday, 24 September 2012

Malam Kemuncak PRK MPPUMP 2012/2013

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Kehangatan PRK kian terasa apabila HARI PENGUNDIAN bakal menjelma pada esok hari.Malam ini merupakan malam terakhir kepada calon2 untuk bermanifesto.Berikut adalah info berkenaan manifesto yg akan dijalankan pada malam ini.

Tempat :Amphi Theater,UMP Gambang
Masa    :9.00 malam


Etika pemakaian adalah sopan,namun terdapat post di FB yang mengatakan pelajar diminta untuk memakai baju berwarna merah.Adakah gelombang merah akan memenuhi Amphi Theater UMP Gambang?Sama2 kita nantikan.

Mari sama2 turun padang menyokong calon pilihan anda.!!
Jumpa anda semua disana.


"Safety First"

Sunday, 23 September 2012

BONEKA mainan politik???

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Pernahkah anda semua membaca post ini?sekiranya anda tidak pernah,bacalah dengan teliti dan fahami maksud di sebalik setiap kenyataan.Sebenarnya,ini adalah post yg UK baca didalam FB petang tadi & post ini adalah berkenaan MANIFESTO yg dibawa oleh salah seorang calon MPP tahun ini,iaitu


Apa yg ingin UK utarakan disini,perasan tak anda semua bahawa manifesto yg dibawa Farid SEJAJAR  dengan SATU parti politik diluar,dimana isu PTPTN dimainkan??? Ini dilihat seolah-olah calon ini mempunyai HUBUNGAN dengan parti politik diluar.Pada sesi manifesto pula,Farid juga telah membangkitkan isu Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) yang mana telah membangkitkan KEMARAHAN ramai mahasiswa yg hadir .

Isu ini tidak sepatutnya dimainkan & dilihat TIDAK SESUAI dijadikan manifesto untuk PRK.Pihak PTPTN ada hak untuk menetapkan syarat2 kepada peminjam nya & syarat tersebut digunapakai oleh semua IPT.Isu KADS1M yang diberi secara PERCUMA yg turut dipertikaikan oleh Farid walhal kita sebagai mahasiswa sepatutnya berasa syukur dengan nikmat yg diberi kerana KADS1M sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos SARA HIDUP mahasiswa yg meningkat dari hari ke hari . Bukannya bagi tempoh sebulan dua,tetapi SEPANJANG tempoh pengajian sebagai seorang mahasiswa.Beri betis mahu peha, "Mengapa hanya diberikan kepada mahasiswa? " Itulah persoalan yg dilontarkan Farid.Maka terlintas seketika difikiran UK,"Adakah dia mahu kemudahan itu dipanjangkan untuk tempoh seumur hidup?

Banyak lagi manifesto berkaitan dengan KEBAJIKAN mahasiswa UMP yg boleh digunakan,namun mengapa isu PTPTN & KADS1M yg DIBANGKITKAN?UK merasakan ada ANASIR2 LUAR berikan isu tersebut untuk dimainkan Farid dalam PRK .Adakah Farid BONEKA yg dihantar untuk MENGUCAR-KACIRKAN keharmonian di UMP????Anda mahasiswa,anda fikirkanlah.Adakah orang seperti ini yg anda mahukan sebagai PEMIMPIN untuk anda semua??Undian ditangan anda,anda PENENTU hala tuju masa depan anda sendiri di UMP.

Sekian dari UK.

"Safety First"

Saturday, 22 September 2012

Wahai mantan YDP

Assalamualaikum & salam 1 malaysia

Dalam kehangatan PRK,UK terbaca 1 post oleh mantan YDP kita



Sudah beberapa kali UK melihat Fazli mempertikaikan bengkel calon MPP yg menjadi syarat untuk bertanding kerusi MPP.Tidakkah anda semua tertanya-tanya mengapa seorg mantan YDP mempersoalkan penambahbaikan yg sedang diusahakan pihak JHEPA bg memartabatkan MPP UMP?Jauh disudut hati,tentu anda sebagai mahasiswa UMP ingin tahu mengapa pihak JHEPA melakukan sedemikian??

Apabila soal bengkel calon dipertikaikan,UK merasakan bahawa sebenarnya semua in berlaku kerana tampuk pimpinan yg diterajui Fazli TIDAK MANTAP  sehingga bengkel ini perlu diadakan untuk memastikan calon2 MPP yg akan dilantik mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin yg hebat,bukan hanya PANDAI BERMADAH KATA.Sepanjang tampuk pimpinan Fazli,UK merasakan bahawa perubahan yg dibawa oleh Fazli semuanya bersifat NEGATIF.Daripada isu demo air,sehinggalah isu GERAM ,UK lihat tiada apa2 perkara lain yg dilakukan Fazli yg beri kesan positif kepada mahasiswa UMP.Perkara2 yg anda lakukan hanya memberi impak negatif yang MENJATUHKAN nama baik UMP.Yg memburukkan keadaan lagi, barisan MPP UMP turut dipandang rendah oleh MPP universiti lain.Anda tidak sedar semua ini BERPUNCA daripada PERBUATAN DIRI AWAK??

Disini,UK ingin melontarkan satu CABARAN kepada anda,Fazli.Sekiranya anda merasakan anda ada membuat 'kerja' sepanjang anda menjadi YDP MPP, UK mencabar anda untuk mengadakan satu sesi ringkas bersama mahasiswa UMP & membentangkan apakah yg telah dilakukan oleh MPP dibawah pimpinan anda?Apakah yg  anda telah lakukan sebagai YDP MPP kepada mahasiswa terutamanya sumbangan anda kepada mahasiswa di UMP Pekan??

UK harap anda berani menyahut cabaran ini sebagaimana anda mahu orang lain menyahut cabaran anda.Action speaks louder than words.


"Safety First"

Friday, 21 September 2012

RE:PRK UMP 2012 hanya tinggal Nama

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Melihat tajuk utama UK,sudah pasti ramai pembaca blog UK dapat meneka apakah yg bakal diceritakan dalam post kali ini.Merujuk kepada post ini,UK amat tertarik dengan persoalan serta kenyataan mahasiswa UMP tersebut yg membuatkan UK juga ingin melontarkan pandangan UK kepada mahasiswa tersebut.

Antara yg disebut dalam blog tersebut ialah Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini kurang mendapat sambutan,maka terlintas persoalan ini dalam minda UK,SALAH SIAPAKAH sebenarnya yang menjadi punca kepada masalah ini?Memang benar penyataan mahasiswa tersebut dimana kebanyakan fakulti yg MENANG TANPA BERTANDING,tapi adakah MANTAN MPP yg lepas berusaha untuk mencari pewaris bagi fakulti masing2 untuk bertanding pada PRK sesi yg akan datang????sekiranya mantan MPP ada menjalankan TANGGUNGJAWAB tersebut,nescaya perkara sedemikian tidak akan timbul & menjadi isu yg disebut-sebut pelbagai pihak dalam universiti.

UK merasakan mereka yg menang kerusi fakulti tanpa bertanding adalah mereka yg berkelayakan.UK mengatakan sedemikian kerana sekiranya mereka ini tidak layak/bukan suara majoriti mahasiswa,calon2 tidak akan mampu untuk melayakkan diri sehingga berjaya sampai ke peringkat akhir & memenangi kerusi yg mereka bertanding.Walhal Dekan fakulti  masing2 pasti awal2 lagi pasti tidak  akan meluluskan calon2 tersebut untuk bertanding dalam PRK.Jadi,UK pasti mereka2 inilah calon yg amat LAYAK untuk duduki kerusi yg telah mereka menangi.

Timbul juga persoalan dimana masalah2 ini semua timbul berpunca daripada CALON yg KERAS KEPALA.Mereka ini enggan mengikuti BENGKEL CALON dimana penyertaan mereka yg akan MELAYAKKAN diri mereka untuk bertanding.Apabila tidak layak bertanding kerana tidak menyertai bengkel,mereka2 ini mula mempertikaian garis panduan yg telah ditetapkan oleh pihak JHEPA.Pada pandangan UK, semua ini berpunca dari diri calon itu sendiri.

Agak2 apakah yg akan terjadi sekiranya calon2 yg gagal mengikuti 1 syarat KECIL yg telah ditetapkan oleh JHEPA dilantik menjadi MPP??UK yakin,tampuk kepimpinan tersebut tidak akan bertahan lama kerana KEKURANGAN DISIPLIN serta EGO yg akhirnya akan MEMAKAN DIRI SENDIRI.Sekurang-kurangnya,calon2 yg telah menang tanpa bertanding dalam PRK kali ini menunjukkan kematangan serta disiplin dengan menyertai bengkel yg telah diadakan serta mematuhi SEGALA syarat yg telah DITETAPKAN untuk bertanding ,bukannya hanya pandai MEMPERTIKAI tanpa meneliti keadaan sebenar terlebih dahulu.

Akhir kata dari UK,kita sebagai mahasiswa,selain PETAH BERKATA-KATA,kita juga harus menzahirkan kata2 tersebut melalui perbuatan agar segala masalah2 yg telah disebut diatas dapat dielakkan.

Renung2kanlah mahasiswa UMP sekalian.
Sekian dari UK

"Safety First"

Adakah UMP telah menerima ASPIRASI ???

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



Menjelang PRK yang bakal menjelma,pelbagai isu yg dibangkitkan oleh individu2 tertentu.UK pernah terbaca 1 post di FB baru2 ini oleh seorang mahasiswa UMP dimana dia mengatakan bahawa ASPIRASI telah bertapak di UMP.

Dari pandangan UK,mahasiswa ini ingin menyatakan bahawa aspirasi bukan pihak yg baik dimana mereka ini yg akan memecah-belahkan mahasiswa UMP . Terdetik dihati UK untuk mencari siapakah ASPIRASI yg dimaksudkan & UK mendapati bahawa mereka2 tersebut ada pelan tersembunyi.Mereka2 ini telah mengorak langkah besar dengan bertanding dalam PRK untuk laksanakan agenda tersembunyi mereka.Adakah ini ahli2 ASPIRASI yg dimaksudkan???







1) AL IKHTIARUDDIN BIN ALHANIF



2) FAZLIN BINTI MASRA



3)NURI ‘ADILAH NASHRULMILLAH BINTI IDRIS


4)MOHD FARID BIN MOHD NA'AIM



5)EZZRA NORANNIS BINTI MOHAMMAD


6)MUHAMAD AZWAN BIN HARON

 




Sekiranya benar,maka kita sebagai mahasiswa terutamanya mahasiswa baharu haruslah berfikir secara waras terlebih dahulu sebelum mengundi.Adakah mereka ini sesuai dijadikan pemimpin?Apakah agenda mereka bertapak sebagai ASPIRASI di UMP?Adakah mereka inilah yg akan memecah-belahkan mahasiswa UMP sekiranya dilantik menjadi MPP??

UK juga mendapati bahawa kebanyakkan mahasiswa tidak menyokong pendirian aspirasi & mereka sepatutnya TIDAK PERLU ADA di UMP. Mahasiswa semua perlu menilai mereka2 ini dengan lebih teliti dahulu sebelum membuat apa2 keputusan.UK mengharapkan yg terbaik dari semua.

"Safety First"