Friday, 21 September 2012

RE:PRK UMP 2012 hanya tinggal Nama

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Melihat tajuk utama UK,sudah pasti ramai pembaca blog UK dapat meneka apakah yg bakal diceritakan dalam post kali ini.Merujuk kepada post ini,UK amat tertarik dengan persoalan serta kenyataan mahasiswa UMP tersebut yg membuatkan UK juga ingin melontarkan pandangan UK kepada mahasiswa tersebut.

Antara yg disebut dalam blog tersebut ialah Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini kurang mendapat sambutan,maka terlintas persoalan ini dalam minda UK,SALAH SIAPAKAH sebenarnya yang menjadi punca kepada masalah ini?Memang benar penyataan mahasiswa tersebut dimana kebanyakan fakulti yg MENANG TANPA BERTANDING,tapi adakah MANTAN MPP yg lepas berusaha untuk mencari pewaris bagi fakulti masing2 untuk bertanding pada PRK sesi yg akan datang????sekiranya mantan MPP ada menjalankan TANGGUNGJAWAB tersebut,nescaya perkara sedemikian tidak akan timbul & menjadi isu yg disebut-sebut pelbagai pihak dalam universiti.

UK merasakan mereka yg menang kerusi fakulti tanpa bertanding adalah mereka yg berkelayakan.UK mengatakan sedemikian kerana sekiranya mereka ini tidak layak/bukan suara majoriti mahasiswa,calon2 tidak akan mampu untuk melayakkan diri sehingga berjaya sampai ke peringkat akhir & memenangi kerusi yg mereka bertanding.Walhal Dekan fakulti  masing2 pasti awal2 lagi pasti tidak  akan meluluskan calon2 tersebut untuk bertanding dalam PRK.Jadi,UK pasti mereka2 inilah calon yg amat LAYAK untuk duduki kerusi yg telah mereka menangi.

Timbul juga persoalan dimana masalah2 ini semua timbul berpunca daripada CALON yg KERAS KEPALA.Mereka ini enggan mengikuti BENGKEL CALON dimana penyertaan mereka yg akan MELAYAKKAN diri mereka untuk bertanding.Apabila tidak layak bertanding kerana tidak menyertai bengkel,mereka2 ini mula mempertikaian garis panduan yg telah ditetapkan oleh pihak JHEPA.Pada pandangan UK, semua ini berpunca dari diri calon itu sendiri.

Agak2 apakah yg akan terjadi sekiranya calon2 yg gagal mengikuti 1 syarat KECIL yg telah ditetapkan oleh JHEPA dilantik menjadi MPP??UK yakin,tampuk kepimpinan tersebut tidak akan bertahan lama kerana KEKURANGAN DISIPLIN serta EGO yg akhirnya akan MEMAKAN DIRI SENDIRI.Sekurang-kurangnya,calon2 yg telah menang tanpa bertanding dalam PRK kali ini menunjukkan kematangan serta disiplin dengan menyertai bengkel yg telah diadakan serta mematuhi SEGALA syarat yg telah DITETAPKAN untuk bertanding ,bukannya hanya pandai MEMPERTIKAI tanpa meneliti keadaan sebenar terlebih dahulu.

Akhir kata dari UK,kita sebagai mahasiswa,selain PETAH BERKATA-KATA,kita juga harus menzahirkan kata2 tersebut melalui perbuatan agar segala masalah2 yg telah disebut diatas dapat dielakkan.

Renung2kanlah mahasiswa UMP sekalian.
Sekian dari UK

"Safety First"

No comments: